PENGENALAN

Pengenalan

Jurnal Linguistik yang dahulunya dikenali sebagai Jurnal Persatuan Linguistik merupakan jurnal rasmi terbitan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Jurnal ini mula diterbitkan pada tahun 1983 dan berjaya mengekalkan penerbitannya sehingga kini. Sasaran jurnal ini adalah untuk menyediakan ruang penerbitan kepada penyelidik-penyelidik dan ahli linguistik dalam berkongsi teori linguistik terkini, hasil kajian penyelidikan, dan pelbagai idea mengenai bahasa dan linguistik.

Jurnal Linguistik memuatkan artikel dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Penyumbang artikel terbuka kepada penyelidik, ahli bahasa tempatan dan antarabangsa.

Jurnal ini memfokuskan kepada teori linguistik, metodologi penyelidikan, isu kebahasaan dan perkembangan bahasa Melayu yang merangkumi:

a)    Teori dan aplikasi linguistik.
b)    Metodologi penyelidikan bahasa dan linguistik.
c)    Kajian korpus.
d)    Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua.
e)    Bahasa dan teknologi maklumat.
f)    Bahasa dan komunikasi silang budaya.

Bermula pada tahun 2010, Jurnal Persatuan Linguistik terbit sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember dan boleh diakses secara atas talian di http://plm.org.my.

………………………………………………

Introduction

Jurnal Linguistik, formerly known as the Jurnal Persatuan Linguistik  is an official journal published by Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). The journal was first published in 1983 and managed to retain its publication until now. The main objective of this journal is to provide a platform for researchers and linguists to share their contribution on recent linguistic theories, research findings, and various ideas on language and linguistics.

Jurnal Linguistik contains articles in Malay and English. The journal is opened to local and international researchers and linguists.

The journal focuses on linguistic theory, research methodology, issues on linguistic and the development of the Malay language that includes:

a)    Theoretical and applied linguistics
b)    Research methodology on language and linguistics
c)    Corpus-based research
d)    Teaching and learning of  Malay as a first and second language
e)    Language and Information Technology
f)    Language and cross-cultural communication

Starting from 2010, Jurnal Linguistik is published twice a year, i.e. in June and December and can be accessed online at http://plm.org.my.

2 thoughts on “PENGENALAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *