Etika

Pernyataan Etika

Ini adalah pernyataan etika untuk Jurnal Linguistik yang diterbitkan oleh Persatuan Linguistik Malaysia. Pernyataan ini disesuaikan dengan prinsip-prinsip Jawatankuasa Etika Penerbitan (COPE) dan meliputi kod etika untuk ketua editor, ahli lembaga editor, penilai dan pengarang.

Tugas Pengarang
Bertanggungjawab untuk memastikan hanya karya yang asli dikemukakan.
Tidak boleh menerbitkan semula karya yang telah diterbitkan dalam Jurnal PLM dalam jurnal lain.
Tidak boleh mengemukakan sebarang karya yang sedang dinilai oleh jurnal PLM kepada jurnal lain secara serentak.
Mesti memaklumkan kepada Ketua Editor atau penerbit apa-apa ketidaktepatan data dalam karya yang diterbitkan supaya pembetulan atau penarikan karya boleh dilakukan.
Karya mesti mempunyai sumbangan kepada ilmu dan pengarang bertanggungjawab atas kelemahan karya tersebut.

Tugas Penilai
Mesti menyatakan apa-apa kepentingan peribadi sebelum bersetuju untuk menilai karya.
Boleh menolak untuk menilai karya kerana konflik kepentingan peribadi atau di luar kepakaran penilai
Menyemak semua karya secara objektif, adil, beretika dan profesional.
Melaporkan sebarang salah laku etika yang ditemui semasa menilai karya kepada Ketua Editor untuk tindakan selanjutnya.
Memastikan keaslian karya dan melaporkan sebarang unsur plagiat dan penerbitan yang berulang.
Tidak boleh membincangkan kandungan karya tanpa kebenaran.
Mematuhi masa yang diperuntukkan untuk proses penilaian. Permohonan pelanjutan masa untuk menilai karya tertakluk kepada budi bicara Ketua Editor.

Tugas Ahli Lembaga Editorial
Menyumbang secara aktif kepada pembangunan dan penambahbaikan jurnal ke tahap yang lebih tinggi.
Bertindak sebagai duta untuk jurnal.
Menyokong dan mempromosikan jurnal secara berterusan.
Menilai sebarang karya yang diberikan kepada mereka.

Tugas Ketua Editor
• Menilai karya secara adil berdasarkan merit intelektual mereka.
• Memastikan kerahsiaan karya dan tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai karya kepada orang lain selain daripada orang yang terlibat dalam proses penerbitan.
Bertanggungjawab untuk memutuskan tarikh artikel akan diterbitkan.
• Selalu berbincang mengenai cara meningkatkan imej dan keterlihatan jurnal dengan ahli lembaga editorial,editor, penilai dan pengarang
• Memberi arahan yang jelas kepada penyumbang karya mengenai proses penyerahan dan apa-apa maklumat penting berkaitan penerbitan karya.
• Memastikan penilai yang sesuai dilantik untuk menilai karya.

Plagiarisme
Pengarang hanya perlu mengemukakan karya asli yang belum diterbitkan atau dipertimbangkan untuk diterbitkan di tempat lain. Perisian yang sesuai boleh digunakan oleh ketua editor untuk menyemak persamaan karya yang diserahkan dengan karya yang telah sedia ada. Penyataan palsu atau penyataan yang tidak tepat akan ditolak. Petikan karya daripada penerbitan lain mesti dinyatakan atau disebutkan dengan tepat dalam teks dan rujukan.

Laporan
Pengarang perlu menyatakan hasilnya secara jelas, jujur, dan tanpa mengada-adakan, memalsukan atau memanipulasi data yang tidak sesuai. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam karya perlu dihuraikan dengan jelas supaya penemuan dapat dipetik dan disahkan oleh penyelidik lain.

Konflik Kepentingan
Pernyataan mengenai konflik kepentingan perlu dinyatakan dalam karya jika pengarang menerima sebarang sokongan yang mungkin boleh ditafsirkan akan mempengaruhi hasil dapatan karya mereka. Semua sumber dana kewangan untuk projek perlu dinyatakan.

Kepengarangan dan Kolaborasi
Nama pengarang yang disenaraikan dalam karya hendaklah terhad kepada yang telah memberikan sumbangan penting dalam karya tersebut. Hanya mereka yang telah memberikan sumbangan penting disenaraikan sebagai pengarang bersama. Pengarang bertanggungjawab memastikan semua pengarang bersama dimasukkan dalam karya. Semua pengarang bersama mesti menyemak versi akhir karya dan bersetuju dengan versi akhir karya sebelum proses penyerahan.

Penerbitan berulang
Pengarang tidak boleh menerbitkan karya lebih daripada satu jurnal atau penerbitan lain. Karya yang sama tidak boleh diserahkan kepada lebih daripada satu jurnal serentak kerana menyalahi etika penerbitan.

ISSN 1823-9242